Tumpuan ibu bapa selepas cuti Aidilfitri ini tentunya memberi fokus kepada sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu yang mula dilaksanakan.
Meskipun lega risiko jangkitan COVID-19 terhadap anak mereka berkurang, namun kesenjangan akses internet dan isu kemiskinan digital terutamanya dalam kalangan golongan B40 nyata menimbulkan kegusaran.